Punca konflik Konflik_Darfur

Konflik Darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya bencana alam, oportunis politik dan masalah politik serantau. Konflik ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang kehidupan di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur.

  • Majoriti penduduk Darfur beragama Islam , jadi mereka mempunyai keseragaman agama . Jadi bukan konflik yang berpunca dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini.
  • Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur . Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan binatang menjadi punca tradisional mereka bertelingkah.
  • Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan. Terjumpanya minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan ketegangan.
  • Tekanan ke atas Kerajaan Sudan lebih buruk selepas tragedi 11 September, 2001, yang mencetus perasaan ‘Islamiphobia’ apabila AS dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintahan pro Islam seperti Sudan. Regim Sudan serta- merta berada di senarai teratas musuh AS.
  • Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan – mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.
  • Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan dengan Chad bagi mengendurkan ketegangan.